Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Penagih dan
Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) (Syarat bagi Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan yang Menjalani Rawatan dan Pemulihan
Secara Sukarela) 2025.
(2)
Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 22 Ogos 2025.
Syarat bagi penagih dan penyalah guna dadah dan bahan yang menjalani rawatan dan pemulihan secara sukarela 2.
(1)
Seseorang Pegawai Pemulihan yang bertindak di bawah seksyen 8 Akta boleh, atas permohonan yang dibuat oleh mana-mana orang yang menjadi penagih dadah atau bahan atau penyalah guna dadah atau bahan untuk diberikan rawatan dan pemulihan berkenaan dengan ketagihan dadah atau bahan atau penyalahgunaan dadah atau bahan orang itu, memutuskan bahawa orang itu menjalani rawatan dan pemulihan dalam komuniti di bawah perenggan 8(3)(b) Akta tertakluk kepada syarat yang berikut:
(a)
orang itu tidak boleh mengambil apa-apa dadah berbahaya atau bahan;
(b)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang
Pegawai Pemulihan; dan 3
(c)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa program rawatan dan pemulihan penagihan dadah atau bahan atau program rawatan dan pemulihan penyalah guna dadah atau bahan sebagaimana yang ditentukan oleh seseorang Pegawai Pemulihan.
Pembatalan