Malaysia legislation
Section 5
of KAEDAH-KAEDAH PENDAFTARAN KELAHIRAN DAN KEMATIAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2019
Seksyen 5
(1)
Jika suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan di bawah subkaedah 4(1) disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia boleh membayar kompaun itu ̶
(a)
secara tunai dan diserahkan sendiri ke Jabatan Pendaftaran
Negara atau mana-mana cawangan yang ditentukan oleh
Pendaftar Besar;
(b)
melalui kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank yang kena dibayar kepada Pendaftar Besar atau
Penguasa
Pendaftar dan dipalang dengan perkataan
“Akaun Penerima Sahaja”; atau
(c)
melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik.
(2)
Jika pembayaran dibuat mengikut perenggan (1)(b), kiriman wang, wang pos, pesanan juruwang, pesanan bank atau draf bank itu hendaklah diserahkan sendiri kepada Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua.
(3)
Apabila pembayaran yang dibuat mengikut subkaedah (1) diterima,
Pendaftar Besar atau Penguasa Pendaftar hendaklah mengeluarkan satu resit bagi pembayaran itu kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.
P.U. (A) 79 4
(4)
Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah subkaedah (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik yang dikeluarkan jika pembayaran dibuat melalui kad kredit atau pemindahan wang secara elektronik sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (1)(c).