Malaysia legislation
Section 2
of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (KESALAHAN YANG DIRAKAM MELALUI KAMERA) (PINDAAN) 2025
Seksyen 2
Kaedah-Kaedah
Pengangkutan
Jalan
(Kesalahan yang
Dirakamkan
Melalui Kamera) 2012 [P.U. (A) 309/2012], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu”
dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dengan menggantikan kaedah 2 dengan kaedah yang berikut:
“Tafsiran 2.
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“depoh” ertinya suatu tempat untuk memproses imej yang dirakamkan melalui kamera mudah alih;
“orang kompeten” ertinya mana-mana orang atau badan yang dilantik oleh Ketua Pengarah untuk menjalankan apa-apa ujian dan penentukuran kelengkapan kamera bagi sistem pengecaman plat nombor automatik;
P.U. (A) 222 3
“sistem pengecaman plat nombor automatik” ertinya suatu sistem untuk mengenal pasti, menganalisis dan merekodkan nombor pendaftaran suatu kenderaan motor;
“sistem penimbang semasa bergerak elektronik atau berkomputer”
ertinya suatu sistem untuk menimbang, mengenal pasti dan merekodkan berat dengan muatan suatu kenderaan motor semasa kenderaan motor itu sedang bergerak di atas jalan.”.