Malaysia legislation

Section 6

of KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN) (KENDERAAN BARANGAN BERBAHAYA) 2015

Seksyen 6

Plat maklumat kecemasan

(1)

Sesebuah kenderaan barangan berbahaya hendaklah dipasang dengan plat maklumat kecemasan seperti yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.

(2)

Sesebuah plat maklumat kecemasan hendaklah—

(a)

diperbuat daripada bahan yang tahan cuaca;

P.U. (A) 263 4

(b)

berada dalam keadaan tegar, jelas dan boleh dibaca pada setiap masa; dan

(c)

mengandungi nombor UN barangan berbahaya yang dibawa oleh kenderaan barangan berbahaya.

(3)

Sesuatu plat maklumat kecemasan hendaklah dipasang dalam keadaan satah menegak di tempat yang mudah dilihat di bahagian belakang, kiri dan kanan badan sesebuah kenderaan barangan berbahaya.

(4)

Jika sesuatu plat maklumat kecemasan tidak boleh dipasang secara kekal pada badan kenderaan barangan berbahaya, plat maklumat kecemasan tersebut hendaklah—

(a)

dilekatkan pada badan kenderaan barangan berbahaya tersebut menggunakan pelekat; atau

(b)

dipamerkan dengan menggunakan bingkai yang dipasang secara kekal pada badan kenderaan barangan berbahaya tersebut.

Kelulusan bagi membawa barangan berbahaya Kelas 1 dan Kelas 7

Section 6 — KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN) (KENDERAAN BARANGAN BERBAHAYA) 2015