Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
(1)
Semua mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Setiausaha atas arahan Pengerusi.
(2)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa.
(3)
Jika Pengerusi tidak hadir atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, dalam mana-mana mesyuarat, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.
(4)
Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
(5)
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap tiga bulan.
(6)
Walau apa pun yang diperuntukkan di bawah subkaedah (5), Pengerusi boleh, pada bila-bila masa mengarahkan Setiausaha memanggil mesyuarat, jika perlu.
P.U. (A) 170 11
(7)
Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi, dan jika terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Kuorum