Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(1)
Seseorang yang menguruskan pengislaman seseorang mualaf hendaklah mengisi borang yang ditetapkan.
(2)
Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam subkaedah (1), apa-apa catatan yang berhubungan dengan pengislaman seseorang mualaf oleh orang yang menguruskan pengislaman boleh diterima sebagai bukti pengislaman yang mengandungi butir-butir seperti yang berikut:
(a)
nama mualaf seperti dalam kad pengenalan atau pasportnya;
(b)
nama orang yang menguruskan pengislaman;
(c)
nama saksi;
(d)
tarikh, masa dan tempat pengislaman; dan
(e)
kenyataan kerelaan hatinya untuk masuk Islam yang telah ditandatangani dengan sewajarnya.
P.U. (A) 170 14