Malaysia legislation

Section 26

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013

Seksyen 26

(1)

Seseorang mualaf boleh membuat permohonan untuk meminda atau membetulkan apa-apa butir-butir yang berhubungan dengan dirinya dalam Perakuan

Masuk Islam dengan menggunakan borang yang ditetapkan dan mengemukakannya kepada Pendaftar Mualaf.

(2)

Pendaftar Mualaf, selepas berpuas hati dengan permohonan itu, boleh membuat pindaan atau pembetulan ke atas butir-butir dalam Daftar Mualaf dan mengeluarkan suatu Perakuan Masuk Islam dengan butir-butir yang baru.

(3)

Jika Pendaftar Mualaf mendapati maklumat yang dinyatakan dalam subkaedah (2) adalah palsu, dia hendaklah merujukkan perkara tersebut kepada Ketua

Pegawai Penguat Kuasa Agama bagi maksud penyiasatan.

Pendaftaran anak atau anak dalam jagaan yang belum mencapai umur lapan belas tahun sebagai mualaf 27.

(1)

Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang masuk Islam dan mempunyai anak atau anak dalam jagaan yang belum mencapai umur lapan belas

P.U. (A) 170 16

tahun, boleh membuat permohonan untuk mendaftarkan anak atau anak dalam jagaan itu sebagai seorang mualaf dengan menggunakan borang yang ditetapkan.

(2)

Anak atau anak dalam jagaan yang belum mencapai umur lapan belas tahun yang ibu atau bapa atau penjaganya bukan beragama Islam, setelah memperoleh keizinan daripada ibu atau bapa atau penjaganya, hendaklah membuat permohonan masuk Islam dalam borang yang ditetapkan.

(3)

Tiap-tiap permohonan pendaftaran di bawah subkaedah (1) dan (2)

hendaklah tertakluk kepada kaedah 20, 21, 22, 23, 24 dan 25 kecuali atas sebab-sebab yang difikirkan munasabah oleh Pendaftar Mualaf.

Permohonan pendaftaran sukarela

Section 26 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013