Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013

Seksyen 7

(1)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

seorang anggota Majlis yang dilantik oleh Majlis sebagai Pengerusi;

(b)

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai

Timbalan Pengerusi;

(c)

empat orang anggota yang hendaklah terdiri daripada orang yang pada masa itu memegang jawatan yang berikut:

P.U. (A) 170 8

(i)

Mufti atau wakilnya;

(ii)

Penasihat

Undang-Undang

Jabatan

Kemajuan

Islam

Malaysia atau wakilnya;

(iii)

Ketua Polis Wilayah Persekutuan atau wakilnya;

(iv)

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara atau wakilnya;

dan

(d)

tidak kurang daripada lima orang yang layak dan sesuai, sekurang-kurangnya dua orang daripada mereka ialah mualaf, yang dilantik oleh Majlis.

(2)

Pendaftar Mualaf hendaklah menjadi Setiausaha.

(3)

Setiausaha hendaklah menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.

(4)

Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan di bawah subperenggan (1)(c)(iii) dan (iv) bukan orang yang beragama Islam, Majlis hendaklah melantik pegawai kanan lain yang beragama Islam daripada jabatannya.

Tempoh jawatan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (CARA PENDAFTARAN, JAGAAN DAN PENGAJARAN MUALAF) 2013