Malaysia legislation

Section 14

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (JAWATANKUASA KARIAH) 2019

Seksyen 14

(1)

Mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah dipanggil oleh Setiausaha atas arahan Pengerusi.

(2)

Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kariah dan jika Pengerusi tidak hadir atau menjadi tidak berupaya untuk menjalankan fungsinya sebagai Pengerusi atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat bertindak sebagai Pengerusi, dalam mana-mana mesyuarat, Timbalan Pengerusi hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(3)

Jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(4)

Jawatankuasa Kariah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam masa tiga bulan atau pada bila-bila masa sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi.

(5)

Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kariah hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak untuk mengundi, dan jika terdapat persamaan undi, pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.

Kuorum