Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Setiausaha hendaklah mempunyai kewajipan untuk—
(a)
berusaha untuk memastikan keputusan dan dasar Jawatankuasa Kariah dilaksanakan;
(b)
mencatat dan mengedarkan minit mesyuarat kepada anggota
Jawatankuasa Kariah;
(c)
menyediakan minit mesyuarat
Jawatankuasa
Kariah dan minit
Mesyuarat Tahunan dan laporan lain yang perlu;
(d)
menjaga dan menyimpan buku, rekod dan dokumen lain
Jawatankuasa Kariah kecuali yang berhubung dengan kewangan;
(e)
bertindak sebagai pegawai perhubungan bagi masjid dan anak kariah;
(f)
menyediakan laporan Mesyuarat Tahunan dan mengemukakan satu salinan laporan itu kepada Jabatan dan Setiausaha Majlis; dan
(g)
menjalankan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
Kewajipan Bendahari