Malaysia legislation

Section 27

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025

Seksyen 27

Pembaharuan perakuan pendaftaran

(1)

Jemaah Pengurusan boleh memohon untuk membaharui perakuan pendaftaran tidak kurang daripada tiga bulan sebelum habis tempohnya mengikut cara sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Jawatankuasa.

(2)

Permohonan di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada apa-apa bayaran fi yang dinyatakan dalam Jadual dan hendaklah disertakan dengan dokumen dan maklumat sebagaimana yang boleh dikehendaki oleh Jawatankuasa.

(3)

Selepas mempertimbangkan permohanan itu, Jawatankuasa boleh—

(a)

membaharui pendaftaran, dengan atau tanpa syarat, selepas fi pembaharuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual dibayar;

atau

(b)

menolak untuk membaharui pendaftaran dan menyatakan alasan penolakan itu kepada pemohon secara bertulis.

(4)

Jika permohonan bagi pembaharuan itu dibuat selepas tempoh yang dinyatakan dalam subkaedah (1) tetapi sebelum tarikh habis tempoh perakuan, pemohon hendaklah membayar fi bagi pembaharuan lewat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

P.U. (A) 169 21

Pempameran perakuan pendaftaran

Section 27 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (PENDAFTARAN DAN PENGAWALSELIAAN SEKOLAH AGAMA ISLAM) 2025