Malaysia legislation

Section 10

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 10

Ketua Pendaftar Wakaf hendaklah bertanggungjawab untuk—

(a)

mendaftarkan semua mawquf yang diwujudkan di bawah

Kaedah-Kaedah ini;

P.U. (A) 445 11

(b)

menyimpan dan menyenggara suatu daftar bagi semua mawquf dalam apa-apa bentuk atau mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Majlis;

(c)

menyimpan dan memegang semua surat cara, dokumen hakmilik atau dokumen lain yang berhubungan dengan mana-mana mawquf;

(d)

menyenggara data dan maklumat berkaitan dengan mawquf, mutawalli dan qayyim; dan

(e)

melaksanakan apa-apa kewajipan yang diarahkan oleh

Jawatankuasa Wakaf.

Daftar Wakaf

Section 10 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025