Malaysia legislation

Section 21

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 21

Permulaan kuat kuasa wakaf

(1)

Tertakluk kepada subkaedah 26(1), sesuatu wakaf hendaklah mula berkuat kuasa apabila semua rukun dan syarat wakaf telah dipenuhi.

(2)

Jika sesuatu wakaf telah mula berkuat kuasa, mawquf tidak boleh dijual, digadai, dipindah milik atau diberikan sebagai hibah, dibatalkan oleh waqif atau diwarisi sebagai harta pusaka.

(3)

Bagi suatu wakaf muaqqat, larangan di bawah subkaedah (2) adalah terpakai semasa tempoh wakaf yang ditetapkan oleh waqif.

Wakaf tidak sah

Section 21 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025