Malaysia legislation
Section 3
of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025
Seksyen 3
(1)
Jawatankuasa Wakaf yang ditubuhkan di bawah subseksyen 61A(1) Akta hendaklah terdiri daripada—
(a)
seorang Pengerusi yang dilantik oleh Majlis dalam kalangan anggota Majlis;
(b)
Mufti bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan;
(c)
Setiausaha Majlis;
P.U. (A) 445 7
(d)
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji atau wakilnya;
(e)
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan;
(f)
Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan atau wakilnya;
dan
(g)
sekurang-kurangnya tiga orang dan tidak lebih daripada lima orang anggota lain yang hendaklah dilantik oleh Majlis dalam kalangan orang Islam yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam perkara yang berhubungan dengan wakaf atau apa-apa bidang lain yang boleh menyumbang kepada pembangunan wakaf.
(2)
Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(a) dan (g) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.
(3)
Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut di bawah perenggan (1)(f) bukan orang Islam, Majlis hendaklah melantik seorang pegawai lain yang beragama Islam dan yang kanan selepasnya dari Pejabat Pengarah
Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa Wakaf bagi menggantikan orang itu.
Setiausaha