Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025

Seksyen 7

Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf

(1)

Semua mesyuarat

Jawatankuasa

Wakaf hendaklah dipanggil oleh Setiausaha Jawatankuasa Wakaf atas arahan Pengerusi dengan menyampaikan suatu notis bertulis kepada anggota Jawatankuasa Wakaf sekurang-kurangnya lima hari bekerja sebelum mesyuarat.

(2)

Walau apa pun subkaedah (1), Pengerusi boleh, jika dia berpandangan bahawa terdapat keperluan mendesak, memanggil mesyuarat dengan notis yang lebih singkat.

(3)

Jika

Pengerusi tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat, anggota yang hadir hendaklah memilih salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu dan anggota itu boleh menjalankan segala kuasa

Pengerusi berhubung dengan mesyuarat itu.

(4)

Jawatankuasa Wakaf hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.

(5)

Enam orang anggota Jawatankuasa Wakaf yang hadir hendaklah membentuk kuorum dalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa Wakaf.

(6)

Semua keputusan mesyuarat Jawatankuasa Wakaf hendaklah dibuat secara persetujuan atau melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak untuk mengundi, dan jika terdapat persamaan undi, pengerusi mesyuarat hendaklah mempunyai undi pemutus.

(7)

Pengerusi boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota

Jawatankuasa Wakaf untuk hadir dalam mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian

Jawatankuasa Wakaf bagi maksud menasihati Jawatankuasa Wakaf mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.

P.U. (A) 445 10

(8)

Semua keputusan yang dibuat oleh mesyuarat Jawatankuasa Wakaf hendaklah dilaporkan kepada Majlis.

Minit

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) (WAKAF) 2025