Malaysia legislation
Section 4
of KAEDAH-KAEDAH PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (CAJ PEMAJUAN) (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) 2017
Seksyen 4
(1)
Tertakluk kepada subkaedah (2), seseorang pemohon bagi kebenaran merancang hendaklah membayar caj pemajuan yang kena dibayar sebagaimana yang dinyatakan dalam notis dalam Borang A Jadual Kedua kepada Perbadanan sekali gus dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
(2)
Walau apa pun subkaedah (1), jika amaun caj pemajuan yang kena dibayar sebagaimana yang dinyatakan dalam notis dalam Borang A Jadual Kedua adalah lebih daripada satu ratus ribu ringgit, pemohon bagi kebenaran merancang boleh memohon kepada Perbadanan bagi kebenaran untuk membayar caj pembangunan itu secara ansuran.
(3)
Permohonan bagi kebenaran untuk membayar caj pembangunan secara ansuran yang disebut dalam subkaedah (2) hendaklah dibuat oleh pemohon bagi kebenaran merancang dengan mengemukakan suatu permohonan dalam Borang B