Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015

Seksyen 3

Tawaran dan penyetujuterimaan kompaun

(1)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan hendaklah dibuat dalam Borang 1 Jadual.

(2)

Seseorang yang menyetuju terima tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan yang boleh dikompaun hendaklah mengemukakan bayaran bagi kompaun itu dalam Borang 2 Jadual.

(3)

Borang 1 dan 2 Jadual hendaklah digunakan bagi tujuan yang ditunjukkan di dalam kandungannya tetapi tiada penyimpangan daripada Borang itu boleh menidaksahkan atau menjejaskan kesahan apa-apa kandungan yang dibuat setakat yang penyimpangan itu tidak mempunyai kesan substansial dan tidak dikira mengelirukan.

P.U. (A) 171 3

Cara mengkompaun

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH (PERANCANGAN) WILAYAH PERSEKUTUAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2015