Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Bagi maksud pengiraan pulangan atau bunga untuk bayaran wajib atau bayaran budi bicara berhubung dengan deposit berkaitan indeks yang dipegang oleh suatu anggota penerima deposit, pulangan atau bunga itu hendaklah ditentukan berdasarkan cara yang berikut:
P.U. (A) 433 3
(a)
bagi deposit berkaitan indeks yang pembayaran balik pokok dan bayaran pulangan atau bunga adalah tertakluk kepada syarat sama ada sesuatu kejadian akan berlaku atau tidak akan berlaku pada masa hadapan dan syarat ini belum terlaksana pada tarikh pengiraan, pulangan atau bunga hendaklah dikira pada tarikh pengiraan―
(i)
berdasarkan Kadar Polisi Semalaman yang ditentukan oleh
Bank Negara Malaysia; atau
(ii)
pada kadar 6% setahun, mengikut mana-mana yang lebih rendah;
(b)
bagi deposit berkaitan indeks selain yang disebut dalam subkaedah (a)―
(i)
pulangan atau bunga pada permulaannya hendaklah ditentukan berdasarkan penilaian semula mengikut nilai pasaran semasa sumber aset atau rujukan pada tarikh pengiraan;
(ii)
sekiranya pulangan atau bunga tidak dapat dikira berdasarkan cara yang disebut dalam perenggan (b)(i), kadar sumber alternatif atau cara pengiraan alternatif sebagaimana yang dinyatakan dalam terma dan syarat deposit berkaitan indeks itu hendaklah terpakai pada tarikh pengiraan; dan
(iii)
sekiranya pulangan atau bunga tidak dapat dikira berdasarkan cara yang disebut dalam perenggan (b)(i) atau (b)(ii), pulangan atau bunga hendaklah dikira pada tarikh pengiraan―
(A)
berdasarkan Kadar Polisi Semalaman yang ditentukan oleh
Bank Negara Malaysia; atau
(B)
pada kadar 6% setahun,
P.U. (A) 433 4