Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(1)
Seorang pemegang lesen hendaklah menjalankan aktiviti akuakultur dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pengeluaran lesen itu.
(2)
Jika pemegang lesen tidak menjalankan aktiviti akuakultur dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pengeluaran lesen, lesen itu hendaklah terbatal secara automatik.
(3)
Walau apa pun subkaedah (2), jika aktiviti akuakultur tidak boleh dijalankan dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pengeluaran lesen, pemegang lesen hendaklah membuat suatu permohonan secara bertulis kepada Ketua Pengarah, dalam tempoh dua bulan selepas tarikh pengeluaran lesen itu, untuk suatu pelanjutan tempoh bagi menjalankan aktiviti akuakultur dan pemegang lesen hendaklah memberikan alasan mengapa aktiviti akuakultur tidak boleh dijalankan dalam tempoh itu.
(4)
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan yang disebut dalam subkaedah (3)—
(a)
meluluskan permohonan dan memberikan tempoh yang lebih panjang tetapi tempoh itu hendaklah tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh pengeluaran lesen itu; atau 12
(b)
menolak permohonan sekiranya Ketua Pengarah tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh pemegang lesen.
Perluasan, pengubahsuaian dsb, premis akuakultur