Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Pemegang lesen boleh, dalam tempoh enam puluh hari sebelum tamat tempoh lesen, memohon untuk memperbaharui lesen kepada
Ketua Pengarah dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(2)
Tanpa menjejaskan hak pemegang lesen untuk memohon lesen baharu yang permohonan bagi pembaharuan dibuat selepas tamat tempoh lesen itu,
Ketua Pengarah boleh enggan untuk memperbaharui lesen itu.
(3)
Ketua
Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan di bawah subkaedah (1) atau (2), memperbaharui, dengan atau tanpa syarat, atau enggan untuk memperbaharui lesen itu.
(4)
Jika Ketua Pengarah membuat keputusan untuk memperbaharui lesen di bawah subkaedah (3), pemohon hendaklah membayar fi, mengikut sistem kultur, sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama sebelum pembaharuan lesen itu.
(5)
Jika Ketua Pengarah enggan untuk memperbaharui lesen di bawah subkaedah (3), Ketua Pengarah hendaklah memberikan notis bertulis mengenai keputusannya kepada pemohon dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan itu.
13
(6)
Suatu permohonan di bawah subkaedah (1) atau (2) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Pindah milik lesen