Malaysia legislation

Section 23

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 23

(1)

Ketua Pengarah boleh menghendaki pemegang permit atau pemegang lesen untuk memberikan penjelasan mengapa permit atau lesennya tidak patut digantung atau dibatalkan sekiranya Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mana-mana syarat yang dikenakan ke atas permit atau lesen tidak dipatuhi atau telah dilanggar.

(2)

Ketua Pengarah boleh menggantung atau membatalkan permit atau lesen sekiranya pemegang permit atau pemegang lesen gagal untuk memberikan penjelasan sebagaimana yang dikehendaki di bawah subkaedah (1).

(3)

Sekiranya Ketua Pengarah tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan di bawah subkaedah (1), Ketua Pengarah boleh menggantung permit atau lesen itu bagi suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan dan boleh melanjutkan penggantungan itu bagi tempoh tidak melebihi enam bulan lagi.

15

Pembatalan permit atau lesen

Section 23 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017