Malaysia legislation

Section 26

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 26

(1)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, Ketua Pengarah hendaklah menentukan amalan akuakultur baik yang terdiri daripada piawaian dan garis panduan—

(a)

bagi memastikan kualiti, keselamatan dan kesihatan pengeluaran akuakultur;

(b)

bagi memastikan kualiti, keselamatan dan kesihatan pengeluaran benih ikan;

(c)

bagi memastikan premis akuakultur bebas daripada apa-apa penyakit ikan;

(d)

bagi menggalakkan pengeluaran dan pengembangan akuakultur yang cekap dan bertanggungjawab; dan

(e)

bagi memastikan kemampanan alam sekitar.

(2)

Pemegang lesen hendaklah mematuhi amalan akuakultur baik dalam menjalankan aktiviti akuakultur.

18

(3)

Bagi maksud mematuhi amalan akuakultur baik yang disebut dalam subkaedah (1), pemegang lesen hendaklah menyediakan suatu pelan biosekuriti.

(4)

Bagi maksud kaedah ini, “pelan biosekuriti” ertinya suatu amalan pengurusan aktiviti akuakultur perikanan darat yang melindungi populasi ikan yang sihat daripada terdedah kepada risiko yang ditimbulkan oleh patogen melalui penyisihan, pengawalan dan pembasmian patogen dan termasuklah penyediaan dokumen pelan kerja akuakultur yang direka untuk memastikan bahawa semua tindakan yang diperlukan, kehendak dan sumber adalah disediakan bagi membasmi atau mengawal wabak penyakit ikan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Pelepasan efluen terawat

Section 26 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017