Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(1)
Bagi maksud kaedah ini—
“ikan eksotik” ertinya apa-apa ikan yang bukan berasal dari negara ini;
“spesies ikan yang bukan asli” ertinya spesies ikan yang dijumpai di luar daripada habitat semula jadi atau zon sebaran semula jadi dan termasuklah semua spesies dibiak baka, feral dan semua hibrid kecuali kacukan yang terhasil secara semula jadi daripada spesies ikan asli;
“ikan yang diubah suai secara genetik” ertinya mana-mana ikan yang memiliki suatu kombinasi baru bahan genetik yang diperoleh melalui penggunaan bioteknologi moden.
(2)
Mana-mana orang tidak boleh menternak, membiak baka, menyimpan, menjual atau menggunakan ikan yang diubah suai secara genetik, ikan eksotik atau spesies ikan yang bukan asli dalam aktiviti akuakultur kecuali dengan kebenaran bertulis Ketua Pengarah.
20
(3)
Mana-mana orang tidak boleh melupuskan apa-apa ikan yang diubah suai secara genetik, ikan eksotik atau spesies ikan yang bukan asli ke dalam mana-mana perairan sungai.
(4)
Mana-mana orang yang melanggar subkaedah (2) dan (3) melakukan suatu kesalahan.