Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017

Seksyen 3

Tafsiran

“kawasan kuarantin” ertinya suatu kawasan yang ditetapkan yang ikan diasingkan dengan tiada hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan ikan lain;

6

“kawasan pembendungan” ertinya suatu kawasan di sekitar premis yang dijangkiti penyakit ikan dan suatu kawasan yang langkah-langkah kawalan penyakit dilaksanakan bagi maksud pencegahan penyebaran penyakit itu;

“langkah-langkah kawalan penyakit” ertinya langkah kawalan penyakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 33(3)(b);

“makmal diagnostik” ertinya mana-mana makmal yang dinyatakan oleh

Ketua Pengarah mengikut kaedah 33;

“premis akuakultur” ertinya premis yang digunakan untuk menjalankan aktiviti akuakultur perikanan darat yang termasuklah tangki, kolam, sangkar atau ruang pejabat yang dibina bagi maksud aktiviti akuakultur.

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PERIKANAN (AKUAKULTUR PERIKANAN DARAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2017