Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (MEDAN MARGINAL) (PINDAAN) 2014

Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Modal Dipercepatkan)

(Medan Marginal) 2013 [P.U. (A) 119/2013] dipinda dengan menggantikan kaedah 8

dengan kaedah yang berikut:

“Ketidakpakaian 8.

(1)

Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran—

(a)

jika orang yang boleh dikenakan cukai itu—

(i)

menjalankan operasi petroleum dalam Kawasan

Pembangunan Bersama;

(ii)

menjalankan operasi petroleum dalam suatu kawasan di bawah apa-apa perjanjian atau perkiraan yang dibuat oleh Kerajaan dengan kerajaan mana-mana wilayah di luar Malaysia bagi

P.U. (A) 58 3

eksplorasi dan eksploitasi petroleum bersama dalam kawasan pertindihan; atau

(iii)

telah melakukan perbelanjaan loji yang layak atas aset yang telah dirancang untuk digunakan bagi maksud operasi petroleum dalam kedua-dua medan marginal dan medan bukan marginal; atau

(b)

berhubung dengan—

(i)

suatu medan; atau

(ii)

suatu kawasan yang berkenaan dengan suatu projek laut dalam, jika orang yang boleh dikenakan cukai itu telah diberikan suatu elaun pelaburan di bawah Peraturan-Peraturan

Petroleum (Cukai Pendapatan) (Elaun Pelaburan) 2013

[P.U. (A) 120/2013] yang berhubungan dengan medan atau kawasan itu.

(2)

Jika dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran pengeluaran terkumpul petroleum di suatu medan marginal bagi seseorang yang boleh dikenakan cukai, dari tahun asas pertama petroleum dikeluarkan hingga ke tahun taksiran itu, adalah melebihi tiga puluh juta tong tangki stok minyak mentah atau melebihi lima ratus bilion kaki padu standard gas asli, Kaedah-Kaedah ini tidak terpakai bagi orang yang boleh dikenakan cukai itu berkenaan dengan pendapatan yang diperoleh dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu dan tahun-tahun taksiran berikutnya.”.

P.U. (A) 58 4

Dibuat 26 Februari 2014

[Perb. CR(8.09)681/2-61(Sj.19)jld.3(Sk.6);LHDN.01/35/(S)/42/51Klt.17; PN(PU2)474]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 83(2) Akta Petroleum

(Cukai Pendapatan) 1967]

P.U. (A) 58 5

PETROLEUM (INCOME TAX) ACT 1967

PETROLEUM (INCOME TAX) (ACCELERATED CAPITAL ALLOWANCES) (MARGINAL

FIELD) (AMENDMENT) RULES 2014

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN) (MEDAN MARGINAL) (PINDAAN) 2014