Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PENGGAJIAN ORANG HILANG UPAYA) 1989

Seksyen 3

Syarat untuk layak mendapat potongan

P.U. (A) 294 4

(Dibuat di bawah subseksyen 83(1))

(Disemak—2022)

[8 Disember 1989]

Nama dan permulaan kuat kuasa 1.

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Petroleum

(Cukai Pendapatan) (Potongan bagi Penggajian Orang Hilang Upaya) 1989.

(2)

Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa bagi tahun taksiran 1989

dan tahun-tahun taksiran yang berikutnya.

Potongan 2.

(1)

Tertakluk pada kaedah 3, bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan saraan daripada suatu jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 15 Akta yang kena dibayar oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu kepada setiap pekerja yang hilang upaya dari segi fizikal atau mental.

(2)

Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah seksyen 15 Akta.

Syarat untuk layak mendapat potongan 3.

Untuk layak mendapat potongan di bawah subkaedah 2(1), orang yang boleh dikenakan cukai yang menuntut potongan itu hendaklah membuktikan sehingga

Ketua Pengarah berpuas hati bahawa pekerja itu hilang upaya dari segi fizikal atau mental dan tidak dapat menjalankan kerja seorang yang normal.

P.U. (A) 294 5

(Dibuat di bawah subseksyen 83(1))

(Disemak—2022)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

_____________

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Tajuk

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PENGGAJIAN ORANG HILANG UPAYA) 1989