Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PENYERTAAN DALAM PAMERAN KERJAYA YANG DILULUSKAN) 2013

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“orang yang boleh dikenakan cukai” ertinya mana-mana orang yang boleh dikenakan cukai yang menyertai suatu pameran kerjaya yang diluluskan;

“pameran kerjaya yang diluluskan” ertinya suatu pameran kerjaya yang diadakan di luar Malaysia yang dianjurkan atau diendorskan oleh Talent Corporation

Malaysia Berhad dan diluluskan oleh Menteri;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad dengan jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk memperkenal dan memudahkan inisiatif yang menumpukan kepada keperluan bakat di Malaysia.