Malaysia legislation

Section 3

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PRAPERJANJIAN PETROLEUM) 2025

Seksyen 3

Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak

(1)

Bagi maksud Kaedah-Kaedah ini, suatu potongan bagi perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak boleh dibenarkan jika—

(a)

perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu dilakukan oleh—

(i)

mana-mana orang dan perjanjian petroleum itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2024; atau

P.U. (A) 119 3

(ii)

mana-mana orang yang merupakan pekongsi kepada suatu perkongsian dan perjanjian petroleum itu disempurnakan pada atau selepas 1 Januari 2024; dan

(b)

perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu ditentusahkan oleh PETRONAS.

(2)

Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak di bawah subkaedah (1) hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga tahun sebaik sebelum tarikh perjanjian petroleum itu disempurnakan.

(3)

Perbelanjaan praperjanjian petroleum yang layak itu hendaklah disifatkan telah dilakukan pada tarikh perjanjian petroleum itu disempurnakan.

Potongan

Section 3 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN PRAPERJANJIAN PETROLEUM) 2025