Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN PREMIUM INSURANS BAGI PENGIMPORT) 1989

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta, hendaklah dibenarkan sebagai suatu potongan apa-apa premium daripada suatu jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 15 Akta yang kena dibayar berkenaan dengan insurans kargo yang diimport oleh orang yang boleh dikenakan cukai itu dengan syarat bahawa risikonya diinsuranskan dengan mana-mana syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia.

(2)

Potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini adalah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan yang dibenarkan di bawah seksyen 15 Akta.

P.U. (A) 251 5

(Dibuat di bawah subseksyen 83(1))

(Disemak—2022)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

_____________

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Tajuk

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH PETROLEUM (CUKAI PENDAPATAN) (POTONGAN PREMIUM INSURANS BAGI PENGIMPORT) 1989