Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH PINJAMAN (TEMPATAN) (FI YANG KENA DIBAYAR KEPADA INSTITUSI PENDEPOSIT) 1991

Seksyen 4

Pemegangsimpanan fi

P.U. (A) 69 4

(Dibuat di bawah seksyen 20)

(Disemak—2023)

[1 Januari 1990]

Nama 1.

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Pinjaman

(Tempatan) (Fi Yang Kena Dibayar kepada Institusi Pendeposit) 1991.

Fi untuk membuat atau mengambil pemindahan saham 2.

Jika mana-mana orang, selain institusi pelaburan peserta, membuat suatu pemindahan atau mengambil suatu pemindahan saham di bawah subseksyen 8B(2) Akta melalui institusi pendeposit, institusi pendeposit itu boleh menghendaki orang itu untuk membayar kepada institusi pendeposit itu suatu fi yang tidak melebihi dua ringgit bagi tiap-tiap pemindahan suatu saham yang dibuat, atau tiap-tiap pemindahan suatu saham yang diambil, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui institusi pendeposit itu.

Fi bagi penyenggaraan akaun pelanggan 3.

Jika sesuatu institusi pendeposit menyenggarakan suatu akaun pelanggan di bawah subseksyen 8B(5) Akta, institusi pendeposit itu boleh menghendaki pelanggan saham itu yang berkenaan dengannya akaun pelanggan itu disenggarakan untuk membayar kepada institusi pendeposit itu suatu fi yang tidak melebihi lima ringgit bagi tiap-tiap tempoh berterusan enam bulan atau mana-mana bahagiannya yang dalam tempoh itu akaun pelanggan itu disenggarakan oleh institusi pendeposit itu.

P.U. (A) 69 5

Pemegangsimpanan fi 4.

Semua fi yang dibayar kepada sesuatu institusi pendeposit di bawah

Kaedah-Kaedah ini hendaklah dipegang simpan oleh institusi pendeposit itu untuk kegunaan dan faedahnya sendiri.

P.U. (A) 69 6

(Dibuat di bawah seksyen 20)

(Disemak—2023)

Butir-butir di bawah perenggan 7(ii) dan (iii)

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1]

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari-TIADA-

_______________

SENARAI UNDANG-UNDANG ATAU BAHAGIANNYA YANG DIGANTI

No.

Tajuk