Malaysia legislation

Section 5

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018

Seksyen 5

(1)

Tiada firma boleh menjalankan amalan sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan melainkan jika nama amalan undang-undang berkumpulan telah diluluskan mengikut subkaedah 4(4).

(2)

Suatu amalan undang-undang berkumpulan hendaklah menggunakan perkataan

“amalan undang-undang berkumpulan”

sebagai sebahagian daripada namanya.

(3)

Suatu amalan undang-undang berkumpulan hendaklah mempamerkan nama semua firma dalam amalan undang-undang berkumpulan atas papan nama amalan undang-undang berkumpulan di luar premis amalan undang-undang berkumpulan itu.

(4)

Papan nama amalan undang-undang berkumpulan itu hendaklah dalam bentuk yang ditentukan oleh Majlis Peguam.

(5)

Jika Majlis Peguam mempercayai atas alasan yang munasabah bahawa nama suatu amalan undang-undang berkumpulan patut ditukar, Majlis Peguam hendaklah menyerahkan suatu notis bertulis dengan alasan itu kepada amalan undang-undang berkumpulan itu untuk menukarkan namanya.

(6)

Amalan undang-undang berkumpulan hendaklah mematuhi notis bertulis di bawah subkaedah (5) dalam tempoh enam minggu dari tarikh penerimaan

P.U. (A) 142 6

notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lebih lanjut sebagaimana yang dibenarkan oleh Majlis Peguam.

(7)

Jika amalan undang-undang berkumpulan itu tidak mematuhi notis bertulis di bawah subkaedah (5), amalan undang-undang berkumpulan itu hendaklah dengan segera berhenti menjalankan amalan di bawah nama amalan undang-undang berkumpulan itu.

Amalan undang-undang berkumpulan tidak boleh mempunyai cawangan

Section 5 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018