Malaysia legislation

Section 8

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018

Seksyen 8

Pengemukaan diri sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan

(1)

Tiada firma yang bukan ahli kepada suatu amalan undang-undang berkumpulan boleh memperihalkan firma itu sebagai suatu amalan undang-undang berkumpulan.

(2)

Suatu firma dalam amalan undang-undang berkumpulan hendaklah—

(a)

menggunakan nama amalan undang-undang berkumpulan bersama-sama dengan nama firma dengan syarat nama firma itu hendaklah lebih jelas daripada nama amalan undang-undang berkumpulan; dan

P.U. (A) 142 7

(b)

menggunakan nama amalan undang-undang berkumpulan dalam dokumen yang terdapat nama firma itu termasuk kepala surat dan kad nama firma itu.

Daftar amalan undang-undang berkumpulan

Section 8 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (AMALAN UNDANG-UNDANG BERKUMPULAN) 2018