Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Bidang amalan yang dibenarkan berkenaan dengan suatu perkongsian antarabangsa, suatu firma guaman asing berkelayakan dan seorang peguam asing diambil bekerja oleh firma guaman Malaysia hendaklah dikawal selia kerja oleh undang-undang Malaysia dan sekurang-kurangnya satu lagi undang-undang negara, atau dikawal selia semata-mata oleh mana-mana undang-undang selain daripada undang-undang Malaysia dengan syarat bahawa dalam hal firma guaman asing berkelayakan, aspek kerja yang dikawal selia oleh undang-undang Malaysia hendaklah dijalankan dengan seorang atau lebih peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi
Malaya yang memegang sijil amalan yang sah.
(2)
Majlis Peguam boleh, dengan kelulusan Peguam Negara, menambah, mengurangkan atau mengubah suai bidang amalan yang dibenarkan yang disebut dalam subkaedah (1) sebagaimana yang difikirkan sesuai.
(3)
Tiada apa-apa dalam Kaedah-Kaedah ini boleh membenarkan suatu perkongsian antarabangsa, suatu firma guaman asing berkelayakan atau seorang
P.U. (A) 148 4
peguam asing yang diambil bekerja oleh firma guaman Malaysia untuk memberi apa-apa perkhidmatan guaman dalam bidang amalan yang berikut:
(a)
undang-undang perlembagaan dan pentadbiran;
(b)
pemindahan hak;
(c)
undang-undang jenayah;
(d)
undang-undang keluarga;
(e)
undang-undang pewarisan, termasuk hal yang berhubungan dengan wasiat, pewarisan harta tidak berwasiat dan probet dan pentadbiran;
(f)
undang-undang amanah, dalam mana-mana hal jika pemberi amanah ialah seorang individu, dan undang-undang yang berhubungan dengan amal dan yayasan amanah, sama ada ditubuhkan oleh seorang individu atau suatu perbadanan;
(g)
perbankan runcit, termasuk pinjaman korporat atau perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana;
(h)
pendaftaran harta intelek;
(i)
hadir atau mengemukakan pliding dalam mana-mana mahkamah keadilan di Malaysia, mewakili klien dalam mana-mana prosiding yang dimulakan dalam mahkamah sedemikian atau memberi nasihat, sama ada tujuan utamanya ialah untuk menasihati klien dalam mengendalikan prosiding sedemikian atau tidak, kecuali jika kehadiran, pliding, perwakilan atau nasihat sedemikian adalah selainnya dibenarkan di bawah Akta atau Kaedah-Kaedah ini atau
P.U. (A) 148 5
mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
(j)
hadir dalam mana-mana perbicaraan di hadapan sebuah badan kuasi kehakiman atau kawal selia, pihak berkuasa atau tribunal di
Malaysia, kecuali jika kehadiran sedemikian adalah selainnya dibenarkan di bawah Akta atau Kaedah-Kaedah ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Lesen perkongsian antarabangsa