Malaysia legislation

Section 14

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017

Seksyen 14

Notis pendengaran di hadapan Jawatankuasa Tatatertib

(1)

Jika pendengaran berkenaan dengan apa-apa perkara akan diadakan oleh

Jawatankuasa Tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menghantar notis pendengaran kepada pengadu dan peguam bela dan peguam cara yang berkenaan atau wakilnya di sisi undang-undang, melalui pos berdaftar Akuan Terima atau penyampaian ke diri di alamat pengadu dan peguam bela dan peguam cara yang berkenaan atau wakilnya di sisi undang-undang yang terakhir diketahui.

(2)

Notis di bawah subkaedah (1) hendaklah menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran dan hendaklah mengikut format yang diberikan oleh

Lembaga Tatatertib.

(3)

Jika kad berdaftar Akuan Terima dibayar dahulu dikembalikan dan ditandakan “tidak dituntut” atau “berpindah”, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mendapatkan alamat semasa peguam bela dan peguam cara yang berkenaan daripada

Majlis Peguam dan menghantar notis tersebut ke alamat itu.

(4)

Penyerahan yang disebut dalam subkaedah (3) hendaklah disifatkan sebagai penyerahan yang mencukupi.

Tempoh masa pendengaran dan penangguhan di hadapan

Jawatankuasa Tatatertib

Section 14 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017