Malaysia legislation
Section 24
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 24
Kesan ketidakpatuhan dan salah aturan tidak membatalkan prosiding
Jika pada mana-mana peringkat, dalam penjalanan suatu prosiding atau yang berkaitan dengan mana-mana prosiding, akibat daripada sesuatu yang dilakukan atau gagal dilakukan, berlakunya kegagalan mematuhi kehendak Kaedah-Kaedah ini, kegagalan itu hendaklah dianggap sebagai suatu salah aturan dan tidak boleh membatalkan prosiding itu, apa-apa langkah yang diambil dalam prosiding itu atau apa-apa dapatan, arahan atau keputusan yang telah dibuat melainkan jika ketidakpatuhan itu telah menyebabkan ketidakadilan.