Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017

Seksyen 2

Tafsiran

“aduan” ertinya suatu aduan bertulis yang dibuat di bawah kaedah 4 berhubung dengan salah laku peguam bela dan peguam cara yang berkenaan;

“akuan berkanun” ertinya suatu akuan yang dibuat di bawah Akta Akuan

Berkanun 1960 [Akta 13];

“Daftar Aduan” ertinya daftar yang disenggara dan disimpan oleh Pengarah di bawah kaedah 10;

“Daftar Aduan Ditolak” ertinya daftar yang disenggara dan disimpan oleh

Pengarah di bawah kaedah 11;

“Jawatankuasa

Tatatertib”

ertinya

Jawatankuasa yang dilantik oleh

Lembaga Tatatertib di bawah seksyen 103A Akta;

P.U. (A) 197 5

“peguam bela dan peguam cara yang berkenaan” ertinya peguam bela dan peguam cara termasuk pelatih yang terhadapnya suatu aduan telah dibuat di bawah

Akta;

“pengadu” ertinya mana-mana orang, sama ada sebenar atau di sisi undang-undang, yang telah membuat suatu aduan, sama ada secara sendiri atau melalui pegawainya atau seorang peguam cara, dan termasuklah

Majlis

Peguam,

Jawatankuasa

Bar

Negeri dan orang atau badan yang dinyatakan dalam subseksyen 99(2) Akta;

“Pengarah” ertinya Pengarah Urus Setia Aduan yang dilantik di bawah seksyen 98 Akta;

“salah laku” mempunyai erti yang diberi kepadanya di bawah subseksyen 94(3)

Akta.

Section 2 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017