Malaysia legislation

Section 7

of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017

Seksyen 7

Kewajipan Pengarah apabila menerima aduan

(1)

Apabila aduan diterima, Pengarah hendaklah—

(a)

mengecap tarikh penerimaan aduan;

P.U. (A) 197 7

(b)

memeriksa aduan untuk memuaskan hatinya bahawa kehendak kaedah 3 dan 4 telah dipatuhi; dan

(c)

mendaftarkan aduan dalam Daftar Aduan.

(2)

Jika pengadu tidak mematuhi kehendak kaedah 3 atau 4 atau kedua-duanya, Pengarah hendaklah dengan serta-merta menghantar suatu permintaan bertulis kepada pengadu untuk mengemukakan butir-butir yang dikehendaki.

(3)

Walau apa pun subkaedah (2), jika ketidakpatuhan itu berhubung dengan ketiadaan nama atau alamat pengadu atau kedua-duanya, Pengarah hendaklah menolak aduan itu dan mencatatkan fakta itu dalam Daftar Aduan Ditolak.

(4)

Pengadu hendaklah mengemukakan butir-butir yang dikehendaki itu dalam tempoh dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan bertulis di bawah subkaedah (2).

(5)

Jika pengadu tidak mematuhi kehendak subkaedah (4), Pengarah hendaklah menolak aduan itu dan merekodkan fakta itu dalam Daftar Aduan Ditolak.

(6)

Pengarah hendaklah mengemukakan aduan yang didaftarkan dalam

Daftar Aduan kepada Lembaga Tatatertib.

Penarikan balik aduan

Section 7 — KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017