Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH PROFESION UNDANG-UNDANG (PROSIDING TATATERTIB) 2017
Seksyen 9
(1)
Walau apa pun kaedah 8 dan tanpa menjejaskan haknya untuk membuat aduan atas usulnya sendiri, Majlis Peguam boleh, jika difikirkannya terdapat merit dalam aduan itu, mencelah pada bila-bila masa sebelum keputusan muktamad dibuat oleh Lembaga Tatatertib dan meneruskan aduan itu seolah-olah aduan itu telah dibuat atas usulnya sendiri.
(2)
Jika Majlis Peguam memutuskan untuk mencelah dan meneruskan aduan di bawah subkaedah (1) —
(a)
Pengarah hendaklah merekodkannya dalam Daftar Aduan; dan
(b)
kehendak kaedah 4 hendaklah disifatkan telah dipatuhi.
(3)
Jika pengadu telah menarik balik aduannya di bawah subkaedah 8(1) dan
Majlis Peguam telah memutuskan untuk tidak mencelah, penarikan balik itu hendaklah menjadi suatu halangan kepada apa-apa aduan lanjut oleh pengadu yang sama atas fakta yang sama.
Daftar Aduan