Malaysia legislation
Section 10
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 10
(1)
Tiada seorang pun pemegang lesen boleh―
(a)
mengambil bekerja mana-mana orang di bawah umur lapan belas tahun;
(b)
mengambil mana-mana orang yang bukan warganegara tanpa permit kerja yang sah untuk bekerja di premis berlesen;
(c)
membenarkan apa-apa perjudian atau apa-apa bentuk perbuatan yang boleh menyebabkan kacau ganggu, gangguan, kecederaan atau kebisingan kepada penduduk di kawasan persekitaran premis berlesen;
(d)
menayangkan, mempamerkan atau membenarkan pelanggan memuat turun apa-apa gambar atau artikel yang kurang sopan atau lucah di premis berlesen;
(e)
membenarkan penjualan apa-apa bahan cetak yang berunsur negatif atau lucah di premis berlesen;
(f)
membenarkan apa-apa binatang berada di dalam premis berlesen;
(g)
mengadakan apa-apa aktiviti lain di premis berlesen selain daripada aktiviti yang dinyatakan dalam lesennya;
10
(h)
mengunci pintu masuk ke premis berlesen sewaktu perniagaan dijalankan;
(i)
membenarkan pelajar berpakaian seragam sekolah memasuki atau terus berada di premis berlesen;
(j)
membenarkan penjualan minuman beralkohol atau rokok atau dadah berbahaya di premis berlesen;
(k)
membenarkan mana-mana orang atau pelanggan merokok atau meminum minuman beralkohol atau menggunakan apa-apa jenis dadah berbahaya di dalam premis berlesen;
(l)
menayangkan atau mempamerkan apa-apa gambar yang tidak sesuai dengan adat resam, agama atau nilai murni masyarakat
Malaysia;
(m)
menggunakan cermin gelap di premis berlesen; atau
(n)
membenarkan apa-apa aktiviti kurang sihat di dalam premis berlesen.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Rekod kemasukan pelanggan