Malaysia legislation
Section 14
of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012
Seksyen 14
(1)
Mana-mana pemegang lesen kafe siber yang telah dilesenkan di bawah
Kaedah-Kaedah ini hendaklah memohon lesen establisymen makanan di bawah
Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur) 1985 [P.U. (A) 149/1985].
(2)
Datuk Bandar boleh menentukan jenis makanan dan minuman yang boleh disediakan atau dihidangkan dalam sesuatu kafe siber.
(3)
Datuk Bandar boleh secara bertulis memerintahkan penutupan serta merta mana-mana kafe siber di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen
Makanan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1985 [P.U. (A) 149/1985] jika Datuk
Bandar berpendapat bahawa kafe siber tersebut semunasabahnya disyaki sebagai
13
punca atau mungkin menjadi punca jangkitan penyakit dan pemegang lesen kafe siber yang gagal mematuhi perintah itu adalah melakukan satu kesalahan.
(4)
Datuk Bandar boleh mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menutup kafe siber itu jika pemegang lesen gagal mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah perenggan (3)(a).
(5)
Datuk Bandar boleh, selepas penyiasatan wajar dibuat, membenarkan kafe siber tersebut dibuka semula jika beliau berpuas hati bahawa punca jangkitan penyakit telah dihapuskan.
Pemeriksaan kesihatan