Malaysia legislation

Section 21

of KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012

Seksyen 21

(1)

Pemegang lesen hendaklah menyediakan sistem rekod data transaksi untuk penggunaan internet dalam setiap komputer yang ditempatkan di dalam premis berlesennya.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memastikan data rekod di bawah subkaedah (1) disimpan dan tidak boleh dipadamkan dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh penggunaan internet bagi setiap komputer di dalam premis berlesennya.

(3)

Mana-mana pemegang lesen yang melanggar kaedah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, dikenakan denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

17

Pemasangan peralatan keselamatan

Section 21 — KAEDAH-KAEDAH PUSAT SIBER DAN KAFE SIBER (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) 2012