Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011
Seksyen 7
(1)
Seseorang pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada
Lembaga bagi mendapatkan salinan lesen yang diperakui sah jika lesen itu telah hilang, rosak atau cacat.
(2)
Suatu permohonan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertakan dengan—
(a)
fi yang ditetapkan; dan
(b)
suatu salinan pernyataan yang dibuat oleh pemegang lesen yang menyatakan bahawa lesen yang dikeluarkan kepadanya itu hilang, rosak, cacat atau suatu pernyataan yang menyatakan sebab-sebab bagi permohonan itu.
(3)
Lembaga boleh mengeluarkan salinan lesen yang diperakui sah kepada pemegang lesen itu jika Lembaga berpuas hati bahawa lesen asal telah hilang, rosak atau cacat.
(4)
Salinan lesen yang asal yang dikeluarkan di bawah subkaedah (3)
hendaklah mempunyai kesan yang sama dengan lesen yang asal.
Pempameran lesen, dsb.