Malaysia legislation
Section 9
of KAEDAH-KAEDAH RACUN MAKHLUK PEROSAK (PELESENAN BAGI PENGILANGAN) 2011
Seksyen 9
Pemegang lesen hendaklah—
(a)
membekalkan pakaian perlindungan peribadi dan kelengkapan yang sesuai yang dikehendaki supaya dipakai oleh pekerja dalam pengilangan racun makhluk perosak;
(b)
menyenggara atau menyebabkan supaya disenggara semua pakaian perlindungan peribadi dan kelengkapan dalam keadaan yang boleh digunakan dengan baik;
(c)
mengadakan kemudahan membasuh yang sesuai seperti air paip, sabun, sinki dan lantai bersimen bagi membasuh pakaian perlindungan dan kelengkapan;
(d)
menyediakan alat pertolongan cemas kepada pekerja-pekerjanya;
(e)
pada setiap masa menyimpan racun makhluk perosak yang belum dikilang atau yang telah dikilang di suatu tempat yang telah diluluskan oleh Pegawai Yang Diberi Kuasa; dan
(f)
menyediakan kepada semua pekerjanya yang terlibat dalam pengilangan racun makhluk perosak pemeriksaan perubatan sekurang-kurangnya sekali setahun, yang rekod pemeriksaan
P.U. (A) 187 7
sedemikian hendaklah disimpan untuk lima tahun dan hendaklah disediakan bagi pemeriksaan oleh pegawai yang diberi kuasa, apabila diperlukan.
Penyenggaraan dan pengemukaan rekod, dsb.