Malaysia legislation

Section 8A

of KAEDAH-KAEDAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PINDAAN) 2023

Seksyen 8A

(1)

Kadar premium yang hendak dikenakan ke atas pelanjutan tanah berimilik untuk suatu tempoh beberapa tahun di bawah seksyen 90A Kanun hendaklah sebagaimana yang berikut:

Kategori: Pertanian 1/32 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan pajakan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

Kategori: Bangunan—

(i)

Bagi kediaman 1/16 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

(ii)

Bagi perdagangan 1/8 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

(iii)

Bagi pembangunan bercampur 3/32 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

P.U. (A) 213 5

Kategori: Industri 1/8 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

Kategori: Bagi maksud lain 1/16 x nilai tanah x 1/99 x (tempoh pegangan baru - baki tempoh pegangan sedia ada)

(2)

Jika suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 90A(5)

Kanun diluluskan oleh

Kerajaan,

Pentadbir Tanah hendaklah mengeluarkan suatu notis dalam Borang 5A Kanun yang menghendaki pemohon untuk membayar premium dan apa-apa bayaran lain yang hendaklah dibayar dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis itu disampaikan dengan sempurna.”.

Jadual baharu 1A

Section 8A — KAEDAH-KAEDAH TANAH WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (PINDAAN) 2023