Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) 2011

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“amalan utiliti berhemat” ertinya amalan, kaedah dan piawaian yang secara amnya diikuti oleh industri bekalan elektrik di Malaysia semasa tempoh yang terpakai, berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan, pemasangan, pengujian, pengendalian dan penyenggaraan bagi pepasangan penjanaan dan pengagihan elektrik daripada jenis yang digunakan oleh pepasangan tenaga boleh baharu, kemudahan antara sambungan, kemudahan perhubungan atau rangkaian pengagihan elektrik, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan termasuklah—

(a)

kehendak bagi semua undang-undang yang terpakai termasuklah Akta,

Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] dan perundangan subsidiarinya;

P.U. (A) 387 6

(b)

kehendak bagi semua kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(c)

apa-apa kehendak yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa dalam garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa;

(d)

garis panduan yang terpakai yang dikeluarkan oleh pemegang lesen pengagihan yang selaras dengan kehendak perenggan (a) hingga (c);

(e)

piawaian pengendalian dan penyenggaraan yang disyorkan oleh pembekal dan pengilang bagi apa-apa kelengkapan penjanaan dan pengagihan elektrik; dan

(f)

piawaian Suruhanjaya Elektroteknik Antarabangsa.

“gangguan” ertinya kejadian apa-apa kehilangan, rintangan kepada atau pengurangan dalam keupayaan sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu untuk menjanakan tenaga boleh baharu;

“gangguan penyenggaraan” ertinya suatu gangguan terancang bagi maksud menjalankan kerja pada pepasangan tenaga boleh baharu utama, yang kerja itu boleh ditangguhkan sekurang-kurangnya selama tujuh puluh dua jam, tetapi pada pendapat pemegang kelulusan galakan tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga gangguan yang berjadual yang berikutnya;

“gangguan yang berjadual” ertinya suatu gangguan terancang, selain gangguan penyenggaraan, yang dikehendaki bagi—

(a)

pemeriksaan, penyenggaraan pencegahan atau penyenggaraan pembetulan, pembaikian atau penambahbaikan sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu utama; atau

(b)

pembaikpulihan besar sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu utama mengikut amalan utiliti berhemat,

P.U. (A) 387 7

yang telah diselaraskan dengan pemegang lesen pengagihan mengikut subperenggan 4(1) hingga (3) Jadual Keempat;

“kajian penyelarasan penebatan” ertinya suatu kajian untuk menentukan kecukupan penebatan yang digunakan dalam rangkaian pengagihan elektrik berikutan sambungan yang dicadangkan bagi pepasangan tenaga boleh baharu bervoltan rendah kepada tempat sambungan;

“kajian penyelarasan perlindungan” ertinya suatu kajian tentang penyelarasan antara skim perlindungan elektrik sesuatu pepasangan tenaga boleh baharu dengan rangkaian pengagihan elektrik pemegang lesen pengagihan, termasuklah pengiraan kesemua penetapan geganti dalam pepasangan tenaga boleh baharu berdasarkan tahap litar pintas pada tempat sambungan;

“kajian sistem kuasa” ertinya suatu kajian untuk menentukan kaedah boleh laksana secara teknikal yang optimum bagi suatu sambungan yang dicadangkan bagi pepasangan tenaga boleh baharu bervoltan sederhana ke tempat sambungan, termasuk perkara yang dinyatakan dalam perenggan 4(6)(a) hingga (e);

“kapasiti eksport bersih” berhubungan dengan sesuatu pepasangan bukan FV, ertinya tahap maksimum kuasa elektrik yang dihantar oleh sesuatu pepasangan itu ke suatu rangkaian pengagihan elektrik di tempat sambungan;

“keadaan kecemasan” ertinya suatu situasi yang—

(a)

diperihalkan atau dianggap sedemikian dalam mana-mana kod yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; atau

(b)

Paragraph
Section 2 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) 2011