Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) 2011

Seksyen 4

(1)

Seseorang penjana yang layak yang bercadang untuk membina—

(a)

suatu pepasangan FV yang mempunyai kWp berkadar yang melebihi 180kWp; atau

(b)

suatu pepasangan bukan FV yang mempunyai kapasiti eksport bersih yang melebihi 180kW, dan menyambungkan pepasangan itu ke suatu tempat sambungan hendaklah, sebelum membuat permohonan kepada Pihak Berkuasa bagi kelulusan galakan di bawah

Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Kelulusan Galakan dan Kadar Tarif Galakan)

2011, mengemukakan suatu permintaan bertulis kepada pemegang lesen pengagihan yang rangkaian pengagihan elektriknya dicadangkan untuk disambungkan ke pepasangan itu supaya pemegang lesen pengagihan itu menjalankan atau menyebabkan dijalankan suatu kajian sistem kuasa berkenaan dengan sambungan yang dicadangkan itu.

P.U. (A) 387 15

(2)

Permintaan yang dikemukakan di bawah subkaedah (1) hendaklah disertai dengan apa-apa maklumat teknikal yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa berkenaan dengan pepasangan yang dicadangkan yang dikehendaki oleh pemegang lesen pengagihan bagi menjalankan kajian sistem kuasa itu.

(3)

Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) dan maklumat di bawah subkaedah (2) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah menjalankan atau menyebabkan dijalankan suatu kajian sistem kuasa mengikut Kaedah-Kaedah ini dan apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Pemegang lesen pengagihan hendaklah menyiapkan atau menyebabkan disiapkan kajian itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual Pertama mengikut kapasiti eksport bersih atau kWp berkadar bagi pepasangan yang dicadangkan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Pertama.

(5)

Penjana yang layak hendaklah membayar kepada pemegang lesen pengagihan kos bagi menjalankan kajian sistem kuasa dalam jumlah yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual Pertama mengikut kapasiti eksport bersih atau kWp berkadar bagi pepasangan yang dicadangkan yang dinyatakan dalam ruang pertama

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KEHENDAK TEKNIKAL DAN PENGENDALIAN) 2011