Malaysia legislation
Section 6
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) 2011
Seksyen 6
(1)
Jika seseorang penjana yang layak bercadang untuk membina suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang—
(a)
menggunakan lebih daripada satu jenis sumber boleh baharu; dan
(b)
tidak mempunyai kabel saling hubungan yang berasingan dan khusus dan meter hasil yang berasingan dan khusus berkenaan dengan tenaga boleh baharu yang dijana oleh setiap jenis sumber boleh baharu itu, penjana yang layak itu hendaklah hanya membuat satu permohonan bagi kelulusan galakan berkenaan dengan pepasangan itu.
P. U. (A) 385
11
(2)
Jika seseorang penjana yang layak bercadang untuk membina suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang—
(a)
menggunakan lebih daripada satu jenis sumber boleh baharu; dan
(b)
mempunyai kabel saling hubungan yang berasingan dan khusus dan meter hasil yang berasingan dan khusus berkenaan dengan tenaga boleh baharu yang dijana oleh setiap jenis sumber boleh baharu itu, penjana yang layak itu hendaklah memohon suatu kelulusan galakan yang berasingan berkenaan dengan kapasiti terpasang bagi setiap bahagian pepasangan tenaga boleh baharu itu yang menjana tenaga boleh baharu dengan menggunakan setiap jenis sumber boleh baharu itu.
Permohonan bagi kelulusan galakan bagi meningkatkan kapasiti dalam pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan sumber boleh baharu yang berlainan