Malaysia legislation

Section 4A

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013

Seksyen 4A

“Perubahan dalam butir-butir permohonan

(1)

Jika selepas penjana yang layak mengemukakan permohonan di bawah kaedah 4 dan sebelum Pihak Berkuasa memberikan kelulusan galakan dan mengemukakan perakuan kelulusan galakan, terdapat apa-apa perubahan dalam butir-butir dalam permohonan itu, penjana yang layak hendaklah, secepat yang mungkin, meminta secara bertulis kepada Pihak Berkuasa supaya meminda butir-butir yang berkaitan dalam permohonan itu.

(2)

Selepas penerimaan permintaan di bawah subkaedah (1), Pihak

Berkuasa boleh meluluskan atau menolak permintaan itu.

(3)

Fi pemprosesan yang ditetapkan dalam Jadual Kedua─

(a)

dikenakan ke atas penjana yang layak yang permintaan itu diluluskan dan hendaklah dibayar selepas menerima notis daripada Pihak Berkuasa; dan

(b)

tidak dikenakan ke atas penjana yang layak apabila perubahan dalam butir-butir itu adalah berpunca daripada Pihak

Berkuasa.

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah, pada bila-bila masa, selepas meluluskan permintaan itu dan menerima fi pemprosesan, meminda butir-butir yang berkaitan sebagaimana dinyatakan dalam permintaan itu dan memberitahu penjana yang layak tentang pindaan itu.”.

Kaedah baru 13A

Section 4A — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (KELULUSAN GALAKAN DAN KADAR TARIF GALAKAN) (PINDAAN) 2013