Malaysia legislation

Section 4

of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011

Seksyen 4

Tuntutan yang berlebih-lebihan

(1)

Apabila tuntutan di bawah kaedah 3 ditentusahkan, jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa seseorang pemegang lesen pengagihan telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang lesen pengagihan itu untuk menjelaskan secara bertulis mengenai tuntutan yang berlebih-lebihan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(2)

Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) diterima, pemegang lesen pengagihan itu hendaklah memberikan penjelasan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu dengan mengambil kira perkara yang berikut:

(a)

penjelasan yang diberikan oleh pemegang lesen pengagihan, jika ada;

(b)

sama ada pemegang lesen pengagihan itu telah bertindak dengan suci hati; dan

(c)

apa-apa perkara lain difikirkan berkaitan oleh yang Pihak Berkuasa.

(4)

Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (3) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

Penemuan tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan

Section 4 — KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011