Malaysia legislation
Section 7
of KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011
Seksyen 7
Penemuan tuntutan pernyataan yang terkurang oleh pemegang lesen pengagihan
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subkaedah (1) diterima, Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan tuntutan yang terkurang itu.
(3)
Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
8
(4)
Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.
(5)
Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.
(6)
Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.
(7)
Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan terkurang tuntutan di bawah subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang terkurang dinyatakan itu dalam tuntutannya yang berikut di bawah subkaedah 2(1).
Pembayaran tuntutan